| Kudat,
8 Mac - Lima lelaki ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat
Sabah dalam Operasi Cantas Perairan di laut Pulau Guhuan, Banggi apabila
menggunakan bahan letupan untuk menangkap ikan pagi semalam. Komander
PPM Wilayah Empat, ACP Mohamad Madun berkata pihaknya turut merampas 30
kilogram ikan pelbagai jenis dan beberapa peralatan antaranya enjin
pump, kompressor serta sebuah perahu yang disyaki digunakan bagi tujuan
menangkap ikan menggunakan bom. "Nilai
kesemua barangan yang dirampas dianggarkan berjumlah RM5880 dan suspek
yang ditahan bersama barangan yang dirampas dibawa pengkalan PPM Kudat
untuk diserah kepada Jabatan Perikanan bagi tindakan lanjut," katanya
lagi. Kes disiasat di bawah Seksyen 26(1) (c) Akta Perikanan 1985 iaitu memiliki ikan disyaki ditangkap menggunakan bahan letupan.
Sumber : Pasukan Polis Marin Sabah |