Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

PDRM, ATM Tingkat Rondaan Cegah Jenayah Di Lokasi Tumpuan Pe

KUALA LUMPUR 15 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan meningkatkan rondaan cegah jenayah bersama terutama di lokasi tumpuan pelancongan di seluruh negara mulai hari ini bersempena Tahun Melawat Malaysia.

Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah PDRM, Datuk Ayub Yaakob berkata, pihaknya telah mengumumkan penambahan 26 lokasi baharu rondaan di seluruh negara pada 25 Februari lalu.

Jelasnya, pertambahan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kawasan rondaan cegah jenayah bersama antara dua pasukan keselamatan itu kepada 70 lokasi.

"Bersempena Tahun Melawat Malaysia tahun ini, kita akan memberi fokus kepada lokasi-lokasi pelancongan utama agar pelancong atau orang awam bukan sahaja berasa gembira melancong sebaliknya yakin dan selamat sepanjang berada di lokasi.”

"Ini bukan sekadar rondaan biasa kerana kita telah mengarahkan anggota terlibat untuk berinteraksi dengan orang awam termasuk pelancong untuk mendapatkan apa sahaja maklumat dan maklum balas terhadap keselamatan di lokasi terlibat.”

"Kita juga sedang dalam perancangan untuk membuat integrasi dengan lain-lain unit dalam PDRM termasuk Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi meningkatkan rondaan di lokasi pelancongan terlibat," katanya lagi.







Sumber : Keratan Akhbar China Press, Guang Ming Daily, Sin Chew Daily dan Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS