| Selalang,
8 Feb - Dua ribu batang kayu balak dijumpai oleh sepasukan Polis Marin
(PPM) Wilayah Lima Sarawak ketika sedang menjalankan Op Cantas Perairan
di kawasan sementara simpanan balak (Longpond), Sungai Angap tengah hari
semalam.
Hasil
pemeriksaan lanjut mendapati ke semua kayu balak pelbagai jenis dan
saiz itu tidak mempunyai dokumen sah dan disyaki diperoleh secara haram.
Turut dijumpai sebuah lori Treler 10 roda dan jengkaut yang disyaki digunakan untuk kerja-kerja pembalakan.
Kesemua
barangan yang dirampas dianggarkan bernilai RM 590,000 dan diserahkan
ke Jabatan Perhutanan Sarikei untuk tindakan lanjut.  Sumber : Pasukan Polis Marin Sarawak |