| Kuala
Lumpur, 12 Feb - Pemilik akaun Facebook 'Man Nambalast' yang dikatakan
mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan mengenai sambutan Thaipusam pada
Januari lepas ditahan reman empat hari bermula semalam. Ketua
Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi Bernama
hari ini berkata guru sekolah menengah di Segambut berusia 35 tahun itu
ditahan di rumahnya di Batu Caves kira-kira 12.30 tengah hari. Susulan
penahanan itu, polis bersama pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia
Malaysia (SKMM) merampas satu unit pemprosesan berpusat (CPU) dan sebuah
modem di kediaman suspek. "Suspek kini direman di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dan kes disiasat mengikut Sekyen 4(1) Akta Hasutan 1948," katanya. Pada
17 Jan lepas, pemilik akaun facebook 'Man Nambalast' dan 'Mohamed
Hidayat' memuat naik status yang menyentuh sensitiviti penganut Hindu
semasa sambutan Thaipusam. Ketua
Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun twitternya kelmari
mengesahkan penangkapan suspek yang menggunakan nama 'Man Namblast'
dalam Facebook. Sumber : BERNAMA |