| Sejak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) ditubuhkan tiada lagi insiden pencerobohan berlaku. ESSCOM
mengambil langkah drastik mengukuhkan 62 pos kawalan keselamatan
tentera dan Pasukan Gerakan Am (PGA) sekitar daerah terbabit bagi
mengekang anasir luar yang cuba menggugat keselamatan atau melakukan
aktiviti menyalahi undang-undang. Ketua
Pengarah ESSCOM, Datuk Mohammad Mantek berkata melalui usaha yang
dijalankan telah menunjukkan kesan positif dan pada masa yang sama
agensi ini proaktif menambah aset pertahanan serta melaksanakan
penyusunan semula penempatan atas air bermula di Semporna, disusuli
Sandakan dan Lahad Datu yang kini dalam perancangan.  Sumber : Keratan Akhbar Berita Harian |