| Pasangan
yang baru berkahwin sebulan lalu ditahan pihak polis dalam Ops Cantas
Khas Rempit yang dilakukan Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Kota Setar dalam cubaan mengelakkan diri daripada ditahan pihak berkuasa
tersebut. Siasatan
awal mendapati si suami tidak memiliki lesen dan cukai jalan lalu cuba
meloloskan diri daripada ditahan polis namun motosikal yang
ditunggangnya jatuh lalu menyebabkan si isteri cedera ringan. Selain
itu, pihak polis turut menemui sebotol air ketum yang diproses sendiri
di dalam beg tangan wanita terbabit dan mendakwa digunakan si suami
sendiri untuk membuat kerja menabur baja dan bukan tujuan jualan. Namun, pasangan tersebut kemudiannya dibawa ke IPD Kota Setar untuk tindakan lanjut manakala motosikalnya disita.  Sumber : Keratan Akhbar Harian Metro |