Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

Pengedar Dadah Dicekup Marin Langkawi

Langkawi, 8 April - Dua lelaki dipercayai pengedar dadah dicekup Pasukan Polis Marin (PPM) Langkawi semasa sedang leka menjalankan urusan jual beli dadah di sebuah kawasan penempatan nelayan.

Dua lelaki terbabit dilihat dalam keadaan yang mencurigakan oleh anggota polis marin semasa menjalankan rondaan Operasi Landai di kawasan Taman Nilam jam 6 petang tadi.

Pemangku Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Langkawi, Insp. Anuar bin Che Ismail berkata kedua-dua lelaki tersebut cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran anggotanya tetapi berjaya ditahan.

"Pemeriksaan lanjut telah menemui 14.7gram dadah jenis heroin dan 0.2gram syabu dianggarkan bernilai RM2,000 dari kedua-dua suspek. Ujian air kencing juga mendapati kedua-duanya positif dadah," katanya lagi.

Kedua-dua lelaki berusia 18 dan 20 tahun itu juga dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran dadah secara kecil-kecilan kepada nelayan di kawasan terbabit.

Kedua-dua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya dan ditahan di IPD Langkawi untuk tindakan lanjut.

Sumber : Pasukan Polis Marin Langkawi
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS