Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

Penyamun 'Dijerat' Busut

Dua daripada tiga lelaki gagal meloloskan diri daripada pihak polis apabila lori yang digunakan untuk mengangkut besi pagar yang dicuri merempuh busut sebelum terbabas ke dalam parit di Gadek, Alor Gajah, Melaka malam kelmarin.

Kedua-dua suspek yang berusia 17 dan 27 yang berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan bagaimanapun mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Alor Gajah manakala seorang lagi berjaya melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Mohamad Laham berkata ketiga-tiga mereka sanggup meredah 100 kilometer semata-mata untuk mencuri besi pagar di beberapa kawasan kebun dan ladang di daerah itu.


Sumber : Keratan Akhbar Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS