Pusat hiburan yang diubah suai
daripada sebuah dewan badminton menjadi kelab malam diserbu sepasukan
polis daripada Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7)
Bukit Aman di Jalan Kuchai Lama semalam dan berjaya menahan seramai 51
pelayan wanita (GRO) warga asing.
Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, SAC Roslee Chik berkata selain itu pihaknya turut menahan tiga
anggota kongsi gelap yang bekerja sebagai pengawal pintu masuk dan
seorang suspek dikehendaki sejak 10 tahun lalu di bawah Seksyen 326 dan
324 Kanun Keseksaan iaitu menyerang dan mendatangkan kecederaan
menggunakan senjata.
Siasatan
lanjut mendapati GRO warga asing yang terdiri daripada warga Thailand,
China dan Vietnam yang ditahan telah menyalahgunakan pas lawatan dan
disiasat mengukit Seksyen 39B Akta Imigresen 1959. 
Sumber: Harian Metro
|