| Seramai
15 anggota polis dari Balai Polis Putra Prima, Puchong mengadakan
perlawanan persahabatan badminton dengan penduduk kawasan perumahan
Taman Mas di dewan Taman Mas, Puchong, Selangor semalam. Pengerusi
Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Mas, Wan Mohamad Wan Ali berkata
perlawanan persahabatan itu mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara
pihak polis dengan penduduk setempat. Selain
itu katanya masyarakat akan menangkis persepsi bahawa isu keselamatan
bukan hanya terletak pada bahu pasukan keselamatan bahkan menjadi
tanggungjawab bersama.  Sumber : Keratan Akhbar Kosmo |