Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

Polis Marin Berjaya Rampas 38 Ribu Liter Diesel Seludup

Pasir Putih, 25 April - Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mematahkan kegiatan penyeludupan minyak diesel di Jeti Kilang Air Batu Kampung Pak Mayung, Tok Bali awal pagi semalam.

Dalam operasi yang dijalankan oleh PPM, 5 anggota bersama ketua bot ronda PA6 telah berjaya menahan dua lelaki melayu yang dipercayai kelindan dan pemandu sebuah lori bersama minyak diesel bersubsidi sebanyak 38,000 liter yang dipercayai bernilai RM76,000.

Siasatan lanjut terhadap kedua-dua suspek mendapati minyak diesel bersubsidi itu akan dibekalkan kepada Syarikat Pristine Milinium Sdn. Bhd. namun mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen mengenai pemilikan minyak diesel tersebut.

Kesemua barang rampasan dan suspek telah ditahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan diserahkan kepada pihak KPDNKK Pasir Putih, Kelantan untuk tindakan lanjut.



Sumber : Pasukan Polis Marin Kelantan
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS