Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

Polis Marin Catat Rekod Konvoi Jetski Paling Panjang

Pulau Besar, 24 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya melakar sejarah apabila mencatat rekod Konvoi Jetski Paling Panjang dalam The Malaysia Book Of Record semalam.

Perjalanan yang mengambil jarak sejauh 183.40 kilometer dari Jeti Tanjung Leman ke Pulau Besar, Johor itu dianjurkan oleh RCT- Megarata Jetski Team dengan kerjasama Persatuan Jetski Tanjung Puteri dan disertai beberapa agensi lain untuk Program Kembara Amal Jetski Johor 2014.

Seramai 150 peserta menyertai konvoi tersebut dengan menggunakan 70 buah jetski dan sebuah bot laju milik PPM.

Walaupun keadaan laut bergelora dan mengalami beberapa kerosakan pada jetski, ia tidak mematahkan semangat peserta untuk meneruskan perjalankan malah kecekapan serta pengalaman yang ada pada mereka, ekspedisi merentasi pulau ke pulau berjaya diharungi dan selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Selain daripada ekspedisi yang dianjurkan, beberapa program telah diatur di Pulau Besar antaranya penyampaian alat bantuan persekolahan kepada anak-anak yatim, sumbangan kepada warga emas dan mrmbersihkan masjid serta pantai pulau tersebut.


Sumber : Pasukan Polis Marin Johor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS