| Kota
Kinabalu, 10 Mac - Polis Marin Kudat menggagalkan cubaan menyeludup
keluar barangan kawalan dengan nilai anggaran RM15,000 selepas menahan
sebuah bot di perairan Tanjung Muniangit, Pulau Banggi. Pegawai
Pemerintah Pasukan Polis Marin Daerah ASP Safardi Abd Samad berkata bot
itu yang dinaiki dua lelaki tanpa dokumen pengenalan diri ditahan pukul
12.15 tengah malam semalam dalam Op Cantas. Menurutnya,
hasil pemeriksaan mendapati bot tidak bernombor itu membawa 20 jerikin
25 liter berisi minyak petrol dan 1 jerikin 25 liter minyak diesel. "Turut
dirampas 24 bungkus gula pasir, 30 bungkus tepung cap Rama-Rama dan 20
bungkus tepung cap Murai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Sumber : BERNAMA |