| Pengerang,
8 April – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 menjalankan tugas
Omnipresence di kawasan Perairan Johor Timur, hari ini. Komander
PPM Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, seramai 9 orang
pegawai dan anggota Polis Marin telah ditugaskan untuk membuat
pemeriksaan terhadap pemilik sangkar dan bot supaya mereka mematuhi
sepenuhnya peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa. "Sebanyak 12 sangkar, 22 bot dan 55 orang telah diperiksa dalam operasi yang berjalan selama 5 jam bermula 7.30 pagi tadi." "Selain
Omnipresence, pendekatan 'High Profile Policing' (HPP) dan 'Stop and
Talk' juga diamalkan di Perkampungan Nelayan Pesisir Pantai sebagai
untuk meningkatkan keyakinan pelabur-pelabur tempatan dan luar negara
dan menjaga harta benda pemilik sangkar yang dianggarkan bernilai 3
hingga 12 juta," katanya lagi.  Sumber : Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Johor |