Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

Polis Marin Rampas Daging Lembu Seludup

Pelabuhan Klang, 22 Mac - Polis Marin Pelabuhan Klang berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar daging lembu oleh bot barter trade Indonesia semasa menjalankan rondaan di kawasan Pelabuhan Selatan petang semalam.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati sebanyak 50 kotak daging lembu yang dianggarkan seberat 900 kg dijumpai di dalam bot barter trade tersebut tanpa sebarang dokumen yang sah.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi P/Klang DSP Norzaud bin Muhammad Said berkata daging lembu yang dianggarkan bernilai RM12,500 itu cuba dibawa keluar ke Tanjung Balai, Indonesia.

"Bot bersama 5 orang suspek serta bungkusan daging yang dirampas dibawa ke jeti Polis Marin P/Klang untuk tindakan di bawah Seksyen 11 (2) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728)" katanya lagi.


Sumber : Pasukan Polis Marin Klang

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS