Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

Polis Marin Rampas Rokok Seludup, Seorang Lelaki Ditahan

Kuantan, 12 Mac - Polis Marin Kuantan merampas hampir 300 karton rokok seludup pelbagai jenama daripada seorang lelaki dalam operasi di Beserah, dekat sini petang tadi.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3, ACP Azmi bin Ibrahim berkata, pasukannya telah menyerbu sebuah kedai runcit dan telah merampas lebih kurang empat karton rokok seludup di premis tersebut.

"Setelah disiasat, suspek yang merupakan pemilik premis tersebut telah menunjukkan sebuah lori berdekatan premisnya dan kami menjumpai 34 karton rokok seludup yang disimpan dalam kenderaan tersebut," katanya.

"Tidak berakhir di situ, malah kami telah ke rumah lelaki tersebut dan sekali lagi pasukan kami menjumpai 227 karton rokok pelbagai jenama yang disimpan di rumahnya," ujarnya lagi.

Kesemua rokok serta lori tersebut dirampas dan keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM46,650.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 iaitu memiliki barangan seludup.


Sumber : Pasukan Polis Marin Kuantan

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS