| Kota
Bharu, 25 April - Polis menyerbu dua pusat hiburan yang dipercayai
beroperasi tanpa permit dan merampas peralatan bernilai RM40,000, di
bandar ini semalam. Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata dalam
serbuan 11.30 malam itu polis turut menahan dua lelaki yang
masing-masing berusia 41 tahun, dipercayai pemilik premis. Turut ditahan 17 pelanggan termasuk tujuh wanita bagi tujuan siasatan, katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Katanya serbuan turut dibantu anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam. Katanya
kes itu disiasat mengikut Seksyen 6(1)(a) Enakmen Kawalan Hiburan dan
Tempat-Tempat Hiburan 1998, kerana menjalankan aktiviti hiburan tanpa
permit yang sah. Sumber : BERNAMA |