| Bachok:
Keseronokan majlis hiburan yang dihadiri kira-kira 1,000 penduduk
kampung di sebuah rumah di Kampung Kemasin di sini, berakhir apabila
diserbu pihak berkuasa menerusi Ops Noda, malam kelmarin. Serbuan
kira-kira jam 11.30 malam di sebuah rumah tidak bernombor itu dilakukan
sepasukan pegawai dan anggota Bahagian kongsi gelap, maksiat dan
perjudian (D7) Kota Bharu yang turut disertai pegawai Majlis Agama Islam
Bachok. Ketua
Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad, ketika
mengesahkan perkara itu berkata, serbuan dilakukan kerana menganjurkan
acara nyanyian tanpa permit. Katanya, polis menahan tujuh lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun termasuk seorang daripada yang berasal dari Terengganu. "Kita
turut dirampas pelbagai peralatan termasuk empat unit pembesar suara,
khemah dan kain rentang bertulis 'Konsert Dikir Gegar’. "Ketika
serbuan, kira-kira 1,000 penduduk dari kampung berkenaan dan kawasan
sekitar berseronok menyaksikan nyanyian sebclum kita mengarahkan lelaki
terbabit menghentikan majlis. "Seorang
lelaki yang mendakwa penganjur majlis, mengakui tidak memohon permit
untuk majlis berkenaan," katanya ketika dihubungi, semalam. Abdul
Hamid berkata, ujian air kencing yang dilakukan terhadap tujuh lelaki
terbabit negatif dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1), Enakmen Hiburan
Negeri Kelantan.  Sumber : Keratan Akhbar Berita Harian |