| Kuala
Lumpur, 19 Mac - Polis Kuala Lumpur menahan 85 orang termasuk dua
wanita dalam Ops Cantas Khas Rentap di sekitar ibu negara mulai Jumaat
lepas hingga semalam. Ketua
Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata kesemua mereka yang
berusia lingkungan 16 hingga 35 tahun itu ditahan atas kesalahan
kesalahan termasuk mencuri kenderaan, mempunyai rekod dikehendaki,
memiliki dadah, berjudi, samun berkawan dan menculik. "Seramai
1,866 individu termasuk 11 wanita, turut diperiksa sepanjang operasi
berkenaan dan sebanyak 579 kenderaan turut diperiksa dalam tempoh masa
tersebut. "Sebilah
parang, sebuah telefon bimbit dan dadah jenis heroin seberat 132 gram
turut rampas dalam operasi berkenaan," katanya dalam sidang media di Ibu
Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Sumber : BERNAMA |