Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

Polis Tumpaskan Sindiket Pengedaran Dadah Antarabangsa

Polis Berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa dengan tertangkapnya tujuh ahli sindiket berkenaan termasuk enam warga asing dalam beberapa siri tangkapan di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.

Mereka yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki warga Nigeria, tiga wanita warga Uganda termasuk pelajar sebuah kolej swasta dan seorang lelaki warga tempatan yang berusia antara 22 dan 42 tahun.

Pihak polis berkata dalam enam serbuan dijalankan selama dua minggu bermula 20 Februari lalu itu, polis Berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 4.9 kilogram bernilai RM900,000.


Sumber : Keratan Akhbar Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS