Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

PPM Gagalkan Cubaan Seleweng 20,000 Liter Diesel Bersubsidi

Bintulu, 26 Feb - Polis Marin merampas sejumlah 20,000 liter minyak diesel bersubsidi yang dianggar bernilai RM56,000 dalam satu serbuan di kawasan garaj di Batu Enam Jalan Bintulu/Miri, petang semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Lima ACP Mohd Salleh Mat Jani berkata sebanyak 20 tong tangki plastik yang berisi minyak diesel dirampas kerana tidak mempunyai sebarang dokumen dan disyaki untuk tujuan penyelewengan.

“Berikutan penemuan itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan,” ujar beliau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 atas kesalahan membawa dan memiliki barangan kawalan tanpa dokumen yang sah.

Kes dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk tindakan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS