Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

PPM Patahkan Cubaan Masuk PTI

Sandakan, 28 Feb – Pasangan suami isteri dan enam orang anak berusia setahun hingga 12 tahun ditahan bersama 12 PTI yang lain oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan dalam Op Cantas Khas Perairan di Kawasan Sg Batu 3, malam semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohammad Madun berkata, bertindak atas maklumat, pasukan PPM telah telah mengejar dan menahan sebuah bot laju jenis kayu lebih kurang 20 kaki panjang yang tiada nombor pendaftaran berwarna biru/hijau/kuning dilengkapi enjin Yamaha 75 hp di kawasan perairan Batu 3 pada 9.00 malam.

"Hasil pemeriksaan mendapati seramai 20 penumpang yang berumur di antara setahun hingga 68 tahun disyaki cuba menyelinap masuk ke Sandakan secara tidak sah dari Basilan, Filipina." Katanya.

"Semua penumpang termasuk seorang Jurugan yang berusia 50 tahun berasal dari Bakungan Besar, Filipina tiada memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah," katanya lagi.

Kesemua PTI dan rampasan bot laju dan injin bernilai RM22,000 dibawa ke pengkalan PPM Sandakan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 26A Anti Trafficking In Person and Anti Smuggling OG Migrants 2007 dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Sementara itu di Kawasan Sg.Tinusa, pasukan PPM yang membuat intipan dan pemantauan di kawasan perairan Batu 3 menggunakan bot PSC 14 telah mendapati sebuah bot laju dari arah laut menuju Sungai Tinusa malam semalam.

ACP Mohammad Madun berkata apabila di hampiri, bot laju tersebut terus memecut laju dan enggan berhenti apapila diarahkan.

Setelah dikejar speed bot tersebut hilang kawalan dan melanggar jambatan di dalam perkampungan Tinusa.

Juragan bersama beberapa penumpang telah bertindak untuk terjun dan terus melarikan diri.

Hasil pemeriksaan lanjut pihak PPM berjaya menahan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dan seorang remaja perempuan berusia 12 tahun berada di dalam bot tersebut.

Kedua-dua mereka tiada memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah dan disyaki cuba menyusup masuk ke sandakan melalui jalan yang tidak sah dari Filipina.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan suspek bersama rampasan bot laju dan injin bernilai RM 6,500 dibawa ke pengkalan PPM Sandakan siasatan lanjut.

Sumber : Pasukan Polis Marin Sandakan

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS