Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

PPM Patahkan Cubaan Seludup Keluar 400 Tan Tanah ‘Kaolin’

Pelabuhan Klang, 25 Feb - Cubaan seludup keluar 400 tan tanah merah jenis 'kaolin' oleh lima lelaki warga Indonesia berjaya dipatahkan oleh Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang dekat sini pagi tadi.

DSP Norzaid bin Muhammad Said, Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang berkata, semasa menjalankan Op Pensura di perairan laut Pelabuhan Klang, pasukannya telah menahan sebuah bot barter trade yang baru berlepas dari jeti Awal Idaman menuju ke Dumai, Indonesia .

“Hasil pemeriksaan ke atas bot, kami telah menemui sejumlah 400 beg seberat 400 tan tanah merah jenis ‘kaolin’ dianggarkan bernilai RM96,000 cuba dibawa keluar tanpa sebarang dokumen,” ujar beliau.

"Tanah jenis ini adalah bermutu tinggi dan mahal kerana ia digunakan untuk pembuatan seramik, pasu dan digunakan dalam kerja-kerja 'plaster' bangunan," katanya lagi.

Kesemua tahanan serta rampasan telah diserahkan kepada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan kes disiasat di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara iaitu pengeluaran batuan secara tidak sah.



Sumber: PPM Pelabuhan Klang
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS