| Tawau,
6 Feb - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 13,000 bungkus rokok
kretek pelbagai jenama yang diseludup masuk dalam Op Paradise di kawasan
laut Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 malam semalam.
Komander
PPM Wilayah 4, ACP Mohamad bin Madun berkata pasukannya telah mengesan
sebuah bot yang mencurigakan dan semasa menghampiri bot tersebut,
juragan telah berjaya melarikan diri dengan terjun ke dalam laut.
"Setelah
digeledah, kami menjumpai 13,000 bungkus rokok kretek pelbagai jenama
dan turut merampas sebuah bot serta sebuah enjin yang mana kesemua
rampasan dianggarkan RM234,652" ujarnya lagi.
Menurut
beliau lagi, kesemua rokok tersebut dipercayai untuk pasaran tempatan
dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967.
Sumber : Pasukan Polis Marin Tawau Sabah |