Sandakan, 28 Feb - Pasukan Polis
Marin (PPM) Sandakan merampas sebanyak 6,460 bungkus rokok pelbagai
jenis bernilai kira-kira RM80,000 dalam Ops Cantas Khas Perairan di
sini, semalam.
Komander
PPM Wilayah 4, Asisten Komisioner Mohamad Madun, berkata kesemua rokok
berkenaan dirampas dalam serbuan yang disertai oleh dua pegawai bersama
enam anggota polis kira-kira 12.15 pagi di kawasan semak Pantai Bandar Ramai-Ramai.
"Ketika
serbuan terdapat sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan dengan lampu
kenderaan dimatikan. Namun pemandu kereta tersebut memecut laju selepas
menyedari kehadiran pihak kami dan gagal dikesan," ujar Mohamad dalam
satu kenyataan.
Beliau berkata, hasil
pemeriksaan di kawasan tersebut pihak polis menjumpai pelbagai jenis
rokok tanpa cukai yang dipercayai diseludup dari negara jiran.
“Kesemua
rampasan itu kemudiannya dibawa ke markas operasi PPM Sandakan dan akan
diserahkan kepada Jabatan Kastam Sandakan untuk tindakan lanjut dan kes
itu disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967," katanya. 
Sumber: PPM Sabah
|