Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

Produk Tiada Kelulusan Kementerian Kesihatan Dirampas

Tawau, 29 Jan - Pasukan Gerakan Marin (PPM) Tawau merampas produk kecantikan dan makanan yang tiada sijil kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa menjalankan Op Paradise di Jeti Barter Trade Tawau awal pagi semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad bin Madun berkata barangan tersebut dijumpai di ruang kargo sebuah bot Barter Trade yang baru sampai dari Nunukan, Indonesia.

"Pemeriksaan lanjut mendapati beberapa jumlah buku sabun Pulanna skin whitening, botol kicap jawa Cap kelapa dan botol Saus Cabe Sumber Baru yang tiada kelulusan daripada KKM untuk di import".

"Manakala kicap dan sos didapati tiada label pengimportan dari Kementerian Kesihatan dan tiada sebarang tangkapan dijalankan semasa pemeriksaan dijalankan, "katanya lagi.

Mohamad berkata jumlah barangan yang dirampas dianggarkan bernilai RM14,654. Semua barang tersebut dirampas dan masing-masing disiasat di bawah Akta Farmasi dan Akta Makanan 1983 serta diserahkan kepada KKM dan Jabatan Farmasi untuk tindakan selanjutnya.


Sumber : Pasukan Polis Marin Tawau

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS