| Kota
Baharu, 11 April - Seorang remaja ditahan pihak polis kerana memiliki
pistol tiruan di Jalan Panji, Pengkalan Chepa di sini, hari ini. Ketua
Polis Daerah Kota Baharu, ACP Azham Othman berkata suspek lelaki
berusia 19 itu ditahan anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan
berkenaan pada pukul 1.45 pagi semalam. "Suspek
yang berada dalam keadaan mencurigakan cuba bertindak melarikan diri
dengan menaiki motosikal Honda EX5 apabila menyedari kehadiran polis. "Namun
dia berjaya ditahan dan berlaku sedikit pergelutan antara suspek dengan
anggota polis," katanya ketika di hubungi di sini, semalam. Beliau
berkata hasil pemeriksaan, polis menemui sepucuk pistol yang dipercayai
pistol tiruan bersama satu kelopak peluru serta lima biji mercun bola
dalam bakul motosikal berkenaan. Azham berkata remaja itu ditahan untuk siasatan lanjut. Sumber : BERNAMA |