| Kuala
Lumpur - Polis menumpaskan satu sindiket penipuan penghantaran barang
yang aktif di beberapa buah negeri sejak beberapa tahun lalu yang
mengakibatkan kerugian mangsa mencecah RM7.8 juta.
Dalam
beberapa serbuan di ibu negara semalam, seramai 15 suspek ditahan
termasuk lima warga Nigeria dan seorang wanita tempatan berusia 27
hingga 42 tahun yang disyaki menjadi dalang sindiket itu.
Lebih
mengejutkan hasil kegiatan itu membolehkan seorang suspek wanita
memiliki sejumlah wang berjumlah antara RM1.5 juta dan RM2 juta di dalam
akuannya.
Kegiatan
penipuan sindiket itu terbongkar selepas mereka menipu seorang janda
yang juga ahli perniagaan berusia 60 tahun di Tampoi, Johor, sejak Julai
tahun lalu dengan kerugian lebih RM550,000.
Timbalan
Pengarah Risikan dan Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)
II, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, modus operandi sindiket itu
adalah dengan menyasarkan golongan wanita dan lelaki berharta serta
terdesak untuk bercinta di laman sosial.  Sumber : Keratan Akhbar Utusan Malaysia |