| SHAH
ALAM, 24 April – Sindiket 'Black Money' lumpuh dengan tertangkapnya
seorang lelaki warganegara Iran dalam satu serbuan sepasukan polis di
sebuah kondominium yang terletak di Jalan Ipoh, Sentul, Kuala Lumpur
semalam.
Rumah tersebut yang diserbu polis dipercayai dijadikan pusat oleh sindiket 'Black Money'. Serbuan
yang dilakukan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah
Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan sekitar jam 3.00 petang
semalam menemui pelbagai peralatan iaitu puluhan beg pakaian yang
berisi wang palsu dan kertas untuk dijadikan wang, mesin memproses
'Black Money', 13 peti keselamatan, sejumlah kepingan note dalam nilai
USD, Pound Sterling dan Dollar Singapore. Kesemua barangan tersebut
dirampas untuk siasatan lanjut. Nilai rampasan dalam bentuk wang palsu
dianggarkan berjumlah RM30 juta.    Sumber : Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor |