>
Hulu Selangor, 5 Mac – Empat lelaki
ditahan dipercayai terlibat dalam sindiket curi motosikal di sekitar
Bukit Sentosa, Hulu Selangor awal pagi semalam.Serbuan yang dijalankan
sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di dua
lokasi berasingan telah membawa kepada penemuan beberapa komponen
motosikal yang diragui serta beberapa unit enjin motosikal yang telah diubahsuai nombor enjin.
Kompenan
motosikal tersebut dirampas dan keempat-empat suspek ditahan serta
disiasat dibawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1)a Kanun
Keseksaan.
Sumber: Facebook Polis Selangor
| |