Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

Sindiket Palsukan Dokumen Tumpas

Polis berjaya membongkar kegiatan pemalsuan pasport dan permit kerja warga asing selepas menahan seorang lelaki warga Pakistan menerusi Ops Bersepadu Khas Merentasi Agensi, bau-baru ini.

Suspek berusia 31 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di pos kawalan sebuah kilang di kawasan perindustrian Senai ditahan di tempat kerjanya jam 7.30 malam.

Pemeriksaan ke atas lelaki berkenaan mendapati dia tidak memiliki dokumen perjalanan diri yang sah selain disyaki menjalankan aktiviti memalsukan dokumen perjalanan diri warga asing lain dengan mengubah suai maklumat dan mengambil upah sekitar RM30 hingga RM120.

Pelbagai barang turut dirampas yang disyaki digunakan untuk kegiatan berkenaan termasuk telefon bimbit, komputer riba, alat pengimbas, beg, salinan 33 pasport dan permit kerja. Suspek ditahan reman di bawah Akta Imigresen dan siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 12 A Akta Pasport.


Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS