| Bertindak
atas maklumat, pihak polis telah membuat serbuan di Jalan Petaling Kg
Sri Paya, Larkin, Johor. Dalam serbuan ini, 4 lelaki berjaya ditangkap
disyaki terlibat dalam kes pecah rumah. Susulan
daripada tangkapan, satu lagi serbuan telah dibuat di sebuah rumah di
Jalan Kebun Teh, Johor Bahru dan berjaya menangkap 4 lelaki lagi rakan
saspek. Kesemua tangkapan berumur antara 27-48 tahun.
Siasatan
awal polis mendapati sindiket ini dipercayai bergerak aktif dalam
kegiatan jenayah samun menyamar polis, samun jalanan dan pecah rumah di
Johor Bahru Selatan dan lain-lain daerah di Johor.         
Sumber : Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor |