Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

Sting Banteras Narkotik Skala Besar

Baru lima bulan penubuhannya, kejayaan demi kejayaan yang dicapai Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) jelas menunjukkan pasukan itu adalah jawapan tepat bagi misi Polis Diraja Malaysia (PDRM) membongkar kegiatan sindiket pengedaran dadah khususnya yang berskala besar di negara ini.

Penubuhan pasukan elit itu dilihat relevan dengan trend kegiatan pengedaran serta penyeludupan dadah ke dalam negara yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kejayaan STING terbukti apabila melumpuhkan beberapa sindiket serta rangkaian dadah antarabangsa yang aktif di negara ini.

Berdasarkan statistik lima bulan penumbuhannya, STING merampas kira-kira 2,422 kilogram dadah pelbagai jenis bernilai RM118.27 juta. Kejayaan itu pastinya meningkatkan lagi reputasi STING sebagai pasukan elit dalam membanteras jenayah narkotik.


Sumber : Keratan Akhbar Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS