Suspek Bertatu Harimau Ditahan Di Ipoh
Shah
Alam, 24 April - Seorang suspek bertatu harimau yang dipercayai terbabit
menembak anggota polis di Taman Lembah Maju, Pandah Indah, Ampang Jaya
dua minggu lepas ditahan.
Ketua
Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata suspek yang berumur 44
tahun itu ditahan di sebuah rumah di Lorong Gunung Rapat, Taman
Cemerlang Rapat, Ipoh semalam. "Pemeriksaan
di rumah suspek turut menjumpai sebuah beg berisi dua butir peluru
'pump gun' dan satu unit telefon bimbit," katanya dalam sidang akhbar di
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini. Beliau berkata suspek direman sehingga Ahad ini. Kejadian
menembak anggota polis itu berlaku kira-kira 11 pagi pada 11 April
ketika dua anggota polis peronda terserempak dengan dua lelaki yang
dalam keadaan mencurigakan. Ketika
melepaskan diri dari pihak polis, seorang suspek menembak kedua-dua
anggota polis tersebut yang seorang daripadanya yang berpangkat lans
koperal parah. Mohd Shukri berkata rakan suspek sudah dikenal pasti dan sedang diburu. Sumber : BERNAMA |
| |