| Johor
Baharu, 13 Feb - Polis menahan seorang suspek berusia 22 tahun apabila
kereta yang dinaikinya terbabas selepas melanggar sebuah kereta peronda
polis dan lima kenderaan awam di sini, hari ini. Ketua
Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata dalam
kejadian pukul 2 petang itu, anggota kereta peronda polis cuba menahan
suspek untuk pemeriksaan tetapi suspek bertindak memecut kenderaannya. Katanya
kereta peronda polis telah mengejar kenderaan berkenaan sejauh tiga
kilometer sebelum suspek melanggar kereta peronda polis lain dan lima
kenderaan awam sebelum kereta itu hilang kawalan dan terbabas sebelum
terbalik. "Dalam
kejadian di Jalan Permas Utara off Jalan Masai Lama di sini, suspek
mengalami kecederaan di jari tangan kanan," katanya dalam kenyataan di
sini. Sulaiman
berkata siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Waja berwarna
kelabu itu dilaporkan hilang dan suspek tidak mempunyai lesen memandu. "Suspek dipercayai seorang penagih dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah," katanya.
Sumber : BERNAMA |