| IPD
SERDANG- Empat penjenayah dipercayai aktif melakukan jenayah pecah
rumah telah berjaya ditangkap oleh sepasukan polis dari Bahagian
Siasatan Jenayah Cawangan (D9), Ibupejabat Polis Daerah Serdang dalam
tempoh 96 jam selepas suspek memecah masuk sebuah rumah di Taman Puncak
Jalil, Seri Kembangan.
Kesemua
suspek berusia diantara 21 hingga 50 tahun telah Berjaya ditahan di
sebuah hotel di Melaka kira-kira jam 11 pagi hasil maklumat dan risikan
anggota serbuan. Hasil penahanan kesemua suspek, polis berjaya menemui
dan merampas tiga buah kereta, alatan pecah rumah, sejumlah mata wang
asing pelbagai nilai, buku cek, sebilah parang panjang, sepasang baju
uniform lengkap warna biru polis dan barangan curi yang dianggarkan
bernilai lebih kurang RM200,000.
Ketua
Polis Daerah Serdang, ACP Abd. Razak Bin Elias berkata, hasil semakan
rekod jenayah lampau, kesemua suspek didapati pernah terlibat dalam
jenayah dan dikehendaki polis. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun
Keseksaan dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Dalam
satu kes berasingan, Polis Daerah Serdang juga telah berjaya menangkap
seorang suspek warganegara asing yang dipercayai aktif memecah pintu
loker di bilik persalinan di salah sebuah Kelab Golf. Suspek yang
sebelum ini pernah ditangkap atas kesalahan dadah telah melakukan sekali
lagi jenayah sama dengan memecah loker milik seorang mangsa bergelar
‘Datuk’ sebelum ditahan semalam. Jumlah kerugian dianggarkan RM 2,000.
'Modus
Operandi' yang digunakan oleh suspek ialah dengan menyamar sebagai
pelanggan sebelum cuba masuk ke bilik persalinan dan mengambil
kesempatan yang ada dengan memecah pintu loker dan mencuri barang
berharga milik pemain golf di kelab tersebut. Suspek telah ditahan reman
untuk siasatan lanjut.      Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang |