Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

Suspek Pecah Rumah Miliki 23 Rekod Jenayah

Seorang lelaki ditahan polis semalam dipercayai menjalankan kegiatan jenayah pecah rumah di Taman Kosas Ampang, Selangor. Lelaki berusia 47 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) serta Unit Kereta Peronda (MPV) daerah Ampang Jaya.

Pemeriksaan polis terhadap lelaki tersebut telah menemui pelbagai peralatan pecah rumah serta pelbagai barangan berharga yang dipercayai hasil daripada kegiatan jenayah pecah rumah. Semakan rekod juga mendapati lelaki tersebut mempunyai 23 rekod jenayah lampau dan positif dadah.



Sumber : Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS