| Bukit Aman, 17 April - Pasukan Khas
Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman berjaya menumpaskan
satu sindiket dadah yang direkodkan antara yang terbesar tahun ini
dengan rampasan membabitkan syabu bernilai RM18 juta. Pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid bin
Ibrahim, berkata lima lelaki termasuk seorang warga Singapura berusia 21
hingga 58 ditahan dan Syabu seberat 125 Kilogram dirampas dalam
beberapa siri serbuan di Subang Jaya dan Melaka, Selasa lalu.
“Sindiket
pengedaran dadah ini dipercayai bekerjasama dengan jaringan luar negara
bagi tujuan menyeludup masuk bekalan dadah ke Malaysia melalui jalan
laut”. “Taktik yang digunakan
sindiket ini untuk mengaburi pihak berkuasa daripada dikesan dengan
menyembunyikan bahan terlarang itu di dalam kontena bersama
barang-barang import yang lain,” katanya lagi. Kesemua mereka telah ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan dibawah seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pihak
polis akan terus menyiasat kegiatan sindiket dadah ini bagi tujuan
mengenal pasti lain-lain ahli sindiketnya yang masih bebas di luar sana. 
Sumber: STING Bukit Aman
|