Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

Tiga Ditahan Menangkap Ikan Di Kawasan Larangan

Johor, 9 April – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan tiga lelaki warga tempatan dipercayai menjalankan aktiviti penangkapan ikan di kawasan larangan di perairan Teluk Kerang, Pontian petang semalam.

Komander PPM Wilayah Dua, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata sebuah bot pukat tunda dilihat sedang menunda jaring di kawasan kurang daripada 5 batu nautika dari pantai oleh PPM Wilayah Dua semasa menjalankan rondaan Ops Pensura di Perairan Pontian.

"Perbuatan penangkapan ikan di dalam kawasan larangan iaitu kurang dari 5 batu nautika dari pantai akan menyebabkan kepupusan spesis ikan, plankton dan merosak ekologi persisiran pantai," katanya lagi.

Pihak polis turut merampas bot nelayan bersama muatan ikan dan diserahkan kepada Jabatan Perikanan Johor Bahru untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Sek 8b Akta Perikanan 1985.



Sumber : Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Johor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS