Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

Warga Emas Antara Ditahan Dalam Judi Pasar Malam

Gombak – Sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7), JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah membuat serbuan di sebuah bangsal depan sebuah rumah di Batu Arang, Gombak, Selangor semalam.

Seramai 11 kaki judi termasuk seorang wanita serta dua warga emas berusia 60 tahun yang sedang leka dengan permainan judi 'pasar malam' ditahan dan turut merampas wang tunai RM6,500.00 merupakan wang taruhan serta beberapa kotak mercun bernilai RM4 ribu dipercayai untuk dijual.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(a) Akta Rumah Judi Terbuka terhadap tuan rumah (penganjur) dan Seksyen 7(1) akta sama terhadap pemain judi. Rampasan pelbagai jenis mercun disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan.






Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS