Muar, 14 Jun - Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menumpaskan aktiviti
penyeludupan manusia warga Indonesia yang cuba memasuki negara ini di
perairan Kuala Sungai Muar, Johor malam tadi.
Komander
PPM Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata hasil maklumat
risikan yang diperolehi pihaknya telah membuat operasi dan berjaya
menahan sebuah sampan yang dinaiki 23 orang warga Indonesia termasuk
seorang kanak-kanak dan dua tekong.
"Kami
mengejar sampan yang digunakan hampir 10 minit sebelum berjaya
dihentikan dan menahan kesemua warga asing itu," katanya lagi.
Kesemua
mereka dibawa ke pangkalan PPM Muar untuk disiasat di bawah Seksyen
6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan yg sah
dan Seksyen 26A ATIPSOM iaitu penyeludupan migran.
Sumber: PPM