LELAKI DITAHAN DI SUNGAI DUA MEMPUNYAI KEPAKARAN MASAK HEROIN
George Town, 12 Jun - Lelaki yang ditahan Pasukan Khas Tektikal
Perisikan Narkotik (Sting) dalam operasi di sebuah kawasan perumahan di
Taman Merbau Indah di Sungai Dua, Butterworth awal pagi semalam,
mempunyai kepakaran untuk memasak dadah sebelum mengedarnya di seluruh
negara.
Pengarah
Jabatan Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata
siasatan juga mendapati lelaki berusia 48 tahun itu yang ditahan di
sebuah rumah yang dijadikan makmal memproses heroin berkenaan bergerak
sendirian bagi mengelak aktivitinya dikesan polis.
"Siasatan
kita mendapati lelaki yang mempunyai enam rekod jenayah lampau
berkaitan dadah termasuk Akta Dadah Berbahaya 1985 itu mempunyai
keupayaan dan kepakaran untuk memproses dadah serta boleh
memasaknya."Dia juga bergerak sendirian termasuk mengedar sendiri dadah
yang telah diproses itu kepada pengedar di seluruh negara," katanya
dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya
seorang lagi lelaki berusia 54 tahun yang ditahan di Alor Setar, Kedah
itu merupakan pembekal bekalan dadah seperti asas heroin yang dipercayai
diperoleh dari negara jiran.
Beliau
berkata dalam serbuan 2.45 pagi itu, polis merampas 25.5 kilogram (kg)
heroin yang telah siap diproses, kafein (67.5kg), asas heroin (1.2kg),
syabu (1.2kg) dan 1.2kg cecair syabu dalam sebuah bilik di rumah tiga
tingkat berkenaan.Katanya pihaknya turut merampas pelbagai peralatan
untuk memproses dadah antaranya ketuhar gelombang mikro, pengisar,
pewarna dan perisa makanan serta alatan memasak.
"Semua
dadah yang dirampas itu bernilai RM1 juta dan dalam serbuan itu, kita
turut menyita lima kereta, dua jam tangan jenama Rolex dan wang tunai
RM94,200," katanya.
Beliau berkata dua lelaki itu kini direman sehingga 17 Jun bagi membantu siasatan.
Sumber: BERNAMA