Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

POLIS MARIN TAWAU RAMPAS ROKOK BERNILAI RM148,000

Tawau, 21 Jun - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas rokok pelbagai jenis tanpa cukai bernilai kira-kira RM148,000 dalam operasi di perairan daerah ini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Madun berkata rokok itu dirampas dalam operasi pada kira-kira 4 petang di kawasan Tanjung Batu.

"Ketika operasi itu, pasukan peronda terserempak dengan sebuah bot yang mencurigakan. Apabila bot itu diperiksa kami menjumpai rokok tersebut," kata beliau dalam satu kenyataan.

Seorang lelaki warga tempatan berusia 19 tahun turut ditahan, katanya. Mohamad berkata, rokok itu yang diseludup masuk dari negara jiran adalah untuk pasaran di sekitar Daerah Tawau.

Sumber: BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS