Sarikei, 12 Jun – Pasukan Polis Marin (PPM) Sarikei berjaya menumpaskan
satu aktiviti pengorekan pasir secara haram dalam Op Pensura di Tanjung
Sahat, Muara Payang dekat sini pagi semalam.
Pemangku
Komander PPM Wilayah 5, Superintendan Mohd Yazid Abd Aziz berkata,
semasa menjalankan operasi pasukannya telah menahan sebuah kapal
tongkang pasir bernama BONSONIC (SLSS 4751 K) dan didapati juragan kapal
tersebut telah menjalankan aktiviti mengorek pasir tanpa permit/dokumen
yang sah.
“Kami
telah menahan juragan kapal bersama lima lagi lelaki yang dipercayai
pekerja kapal tersebut di mana empat daripadanya adalah warga asing,”
katanya.
“Kapal
tersebut yang dilengkapi dengan dua buah kren dan muatan pasir hasil
yang dikorek telah kami rampas dan kesemua rampasan dianggarkan bernilai
RM3.2 juta,” ujar beliau lagi.
Kesemua
tahanan serta rampasan telah diserahkan kepada Pejabat Tanah dan Galian
Sarikei dan kes disiasat di bawah Seksyen 32A Kanun Tanah Negeri
Sarawak.