POLIS SELESAI TUJUH KES CURI MOTOSIKAL DI PASIR PUTEH DAN JERTEH
Pasir Puteh, 15 Jun - Polis berjaya menyelesaikan tujuh kes kecurian
motosikal di daerah Pasir Puteh dan Jerteh, Terengganu berikutan
tangkapan dua suspek lelaki.
Ketua
Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Mohd Kamal Zainal berkata suspek berumur
21 dan 23 tahun itu diberkas di sebuah rumah di Kampung Gong Kemuning,
Bukit Yong di sini, pada pukul 7 pagi semalam.
"Ketika
menahan mereka, polis menjumpai tujuh motosikal di halaman rumah itu
dan sebuah motosikal disembunyikan di Kampung Gong Sawa tidak jauh dari
situ," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh
di sini, hari ini.
Mohd
Kamal berkata siasatan lanjut oleh pihak forensik mendapati sebahagian
motosikal itu telah diubah suai bagi mengelirukan pihak polis.
Beliau
berkata motosikal berkenaan dicuri di beberapa lokasi seperti pejabat
kerajaan, bank dan pasar raya di daerah ini dan Jerteh.
"Polis percaya motosikal berkenaan akan dijual dengan harga antara RM300 dan RM500 sebuah kepada orang ramai," katanya.
Sumber: BERNAMA