Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

PPM SIBU DAN KUCHING RAMPAS KAYU BALAK HARAM

Sibu, 14 Jun - Seorang lelaki tempatan ditahan bersama 90 batang kayu balak oleh sepasukan Polis Marin Sibu dan Kuching selepas didapati membawa kayu balak tersebut secara haram dalam Op Cantas Khas di kawasan lapang berhampiran Sekolah Kebangsaan Sibujaya, dekat sini, malam tadi.

Pemangku Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima SUPT Mohd Yazib Andul Aziz berkata serbuan pada jam 11 malam itu dilakukan selepas risikan dan pemantauan oleh pihak polis.

“Pemeriksaan mendapati 40 batang balak yang dibawa suspek menggunakan sebuah lori tidak mempunyai kelulusan daripada Jabatan Perhutanan Sarawak.

"Pemeriksaan lanjut di kawasan tersebut turut menemui beberapa longgokkan batang-batang kayu yang dianggarkan sebanyak 50 batang kayu balak pelbagai jenis dan saiz tanpa "removal pass" dan dokumen yang sah serta tiada cop (JH) dari jabatan berkenaan," ulas beliau.

Suspek yang berusia 40 tahun bersama muatan serta longgokkan batang-batang kayu dan sebuah lori yang keseluruhannya dianggarkan berjumlah RM88,000 dibawa ke Balai Polis Sibujaya. 

Kes dirujuk kepada Jabatan Perhutanan Sarawak untuk siasatan dan tindakan lanjut.



Sumber: PPM
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS