Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

TUMPASNYA SINDIKET PENGEDARAN DADAH DI DAERAH SERI ALAM

Pada 10 Jun 2014, jam 10.15 malam, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Seri Alam telah menyerbu dan membuat pemeriksaan ke atas sebuah rumah di Taman Scientex, Pasir Gudang. Hasil serbuan telah merampas ganja sebanyak 33 gram dan menangkap seorang lelaki Melayu. 

Semasa pemeriksaan pihak polis juga telah jumpa kunci kereta Mercedes dalam poket seluar suspek. Tindakan susulan pihak polis telah periksa kereta tersebut yang diletakkan di sebuah kawasan belakang bengkel membuat grill besi di Kampung Bukit Pulai Baru, Pasir Gudang. Hasil pemeriksaan jumpa 41 ketul ganja anggaran berat kasar 40.6 kilogram dalam boot kereta tersebut bernombor pendaftaran SJP 3818 k.



Sumber: IPK Johor
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS