Tawau, 21 Jun - Seorang lelaki tempatan ditahan Pasukan Polis Marin
(PPM) dalam satu pemeriksaan di pinggir pantai Maju Layar Limbungan
Tanjung Batu, Sabah petang semalam kerana memiliki puluhan kotak rokok
kretek.
Komander
PPM Wilayah Empat, ACP Mohamad Madun berkata, pihaknya telah
menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah bot yang mencurigakan yang diikat
di pinggir pantai kawasan limbungan.
"Hasil
pemeriksaan lanjut menjumpai puluhan kotak kretek pelbagai jenama
seperti Surya Gudang Garam, Wismilak Diplomat dan Semporna Avolution
disimpan di dalam bot itu.
"Kita
merampas kesemua rokok-rokok berkenaan dan menahan lelaki berusia 21
tahun yang bertindak sebagai juragan bot untuk siasatan lanjut," katanya
lagi.
Menurutnya, rokok-rokok yang dirampas dipercayai diseludup masuk daripada luar untuk dijual di negara ini.
Keseluruhan
rampasan termasuk bot dan enjin dianggarkan bernilai RM 148,000.00 itu
dibawa ke markas PPM Tawau untuk disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (e)
Akta Kastam 1967.