LELAKI TELAN DADAH DITAHAN
Kuala Lumpur, 8 Julai -
Seorang lelaki warga Afrika ditahan di Balai Polis Pudu selepas dia
didapati bersalah menelan sejumlah dadah yang cuba diseludup masuk ke
dalam negara, bulan lalu.
Pihak polis turut merampas 22 ketul dadah syabu seberat 243 gram dalam sampul surat yang dibawa suspek.
Suspek kemudiannya dibawa ke
Hospital Kuala Lumpur dan melalui beberapa prosedur untuk mengeluarkan
kapsul-kapsul dadah yang ditelan dan pihak polis telah memperoleh
sebanyak 51 ketulan syabu seberat 585 gram daripada suspek.
Jumlah rampasan dadah adalah seberat 828 gram dan dianggarkan bernilai RM124,200.
Suspek ditahan di bawah
Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan siasatan lanjut bagi
mendapatkan maklumat ahli dan sindiket pengedaran dadah yang terlibat.