MAUT ELAK DIBERKAS POLIS
Puchong, 8 Julai – Seorang
lelaki warga Afrika maut akibat kecederaan parah di kepala selepas
terjatuh dari tingkat lapan sebuah pangsapuri ketika cuba melarikan diri
daripada ditahan sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah
Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya dalam
satu serbuan yang diadakan di sini bulan lalu.
Dalam serbuan tersebut,
pihak polis turut memberkas empat lagi lelaki warga Afrika disyaki rakan
serumah mangsa bersama rampasan dadah syabu berjumlah 83.2 gram yang
dijumpai di dalam sebuah bilik di mana lokasi serbuan dijalankan.
Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM12,480 dan kesemua suspek ditahan untuk di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.